Sunday, October 2, 2011
.....
Thursday, July 7, 2011
bile petaNG
Monday, June 13, 2011
"tour de bukit jalil".
Saturday, May 28, 2011
BARBICAN ITU HARAM..!!
JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.
Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.
“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.
Semoga Umat Islam lebih berhati-hati dengan tindakan yang diambil. Ketahuilah, Baginda Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram.” (H.Riw Bukhari dan Muslim).
** Subhanallah, tanpa kita sedar, yang dikatakan halal, disahkan haram pula. KudinMansor tahu ramai yang minumnya, so hentilah. Banyak lagi jenama air yang lain yang masih halal.
Sumber :Harian Metro Online
Wednesday, May 25, 2011
suPer DupPa Bowl..!!
Tuesday, May 24, 2011
saWan dataNg baLik...!!
Saturday, May 21, 2011
BiLa bErjaUhan
Tuesday, May 17, 2011
RESULT
mimpi
Tuesday, May 3, 2011
TAMAT
Thursday, March 10, 2011
kami tawan BROGA..!!
Saturday, February 19, 2011
time IS ruNNiG OUt..
assalamualaikum dan salam sejahtera sume..
hhohoho..lame gilew xtulis dan mengaraNg blog ak nieh..
dah beraBok2 + berdebU da haa...
xda apa2 yang diceritakan sebenAr Nye..
but juZ nak gtaO kat kowang sume bahwasanya..
da tiba waktU kemuncak bagi tiap2 sem..
so...bila P40 ak bermula..ak akan bUZy gila..
tambah2 ag..sem ni da la banyak keje..
N banyak ag keje yang lOm siaP..'
ak pOn xauw nak siapkan yang mana satu beb..!!
da kusut glew..nak berbLog2 pon daa xda mOOd..!!
so bagi sape2 yg bUZy2..
arrange la masa kowang deNGan betol ea..
xyah jd cam ak..uat keje lasT minute..2 yang sume dapat rendah je..
n bagi kwan2 yang ak rindui dan juga kasihi..
i'm sory if kowang ajak hangout same2 ..
ak xleyh join k..
~~muah..miSS u all..~~